Thursday, September 3, 2009

Penat je saya fikir yang bukan-bukan...

Petang semalam, lepas amik the kids dari umah kak esah, terus je dina dan ayeen baring kat sofa. muka punyalah moyok semacam. Aikk....tak penah-penah macam ni. Selalunya, lepas balik je umah, mesti nak kuar balik main basikal dengan Pah (nama betul syarifah, tapi ni panggilan manja adam untuk dia...ehehe!).

Pelik bin ajaib, so saya pun tanya la kat dina kenapa moyok. Diam jek. Tanya lagi, "Mak esah marah ke? Gaduh dengan kawan ke? Sakit ke? Gaduh dengan ayeen? Cikgu marah? Adam pukul? Sume soklan tu dia balas dengan geleng kepala sambil muka dah macam tunggu masa je nak kuar air mata. Lagi aku pening. Tanya ayeen plak, dia pun geleng kepala. "Ayeen tak tau!". Tak lama lepas tu, masing-masing terlelap kat sofa. Hishh pelik betul. Risau pun ada. Takkan la kecik-kecik dah pandai simpan masalah.

Adam plak, mula-mula ok. Pastu dia baring tengok tv, mintak susu. Lepas habis sebotol susu, pun tertido gak kat depan tv tu. Hairan betul. Terus rasa sunyi sepi je umah.

So, untuk pertama kalinya, saya dan hubby berbuka puasa dalam keadaan yang sangat tenang tapi sangatla sunyi. Kalau tidak, macam-macam adegan berlaku kat meja makan. Bersilat-silat tangan nak letak lauk itu, lauk ini ke dalam pinggan diorang, belum lagi kelentung kelentang adam ketuk sudu kat pinggan. Siap dengan air tumpah la, apa la.

Tapi, bila dah sangat tenang camni, memang la rasa selesa, tapi boringgg je. So, bersyukur la ye dengan keadaan hiruk pikuk camtu. Ahahaha!

Berbalik pada kepelikan saya tadi tu, akhirnya kami dapat jawapan pada persoalan saya tadi. Itu pun selepas dina dan ayeen bangun lepas maghrib tu dan nampak lebih cergas. Mereka jadi camtu sebabnya adalah kerana mereka bangun pada jam 5 pagi semalam untuk join kami bersahur (tapi tak jugak pose), lepas tu terus tak tido, sambung terus pegi tadika. Balik dari tadika, kat umah mak esah pun tak tido sebab nak main, sampai la lepas mandi petang baru la mereka tertido depan tv kat umah mak esah. Adam plak tido kejap je pagi kat umah mak esah, pastu terus tak tido-tido. Tu yang masing-masing jadi macam zombie kampung pisang tu. Tak cukup tido rupanya! Penat je fikir yang bukan-bukan.

Dan Adam pulak, tak bangun-bangun sampai la sahur pagi tadi! Sampai saya jadi rindu dan tak puas nak gomol-gomol dia. Iskkk!

8 comments:

honeylanz said...

kids x cukup tido rupanye!! cian lak kan.

Lazyf... said...

klasik tol namer "aweks" Adam...Pah...hehehe

CY3.5 said...

biasa la.. dah selalu bising2.. ni senyap je.. mau tak risau.. ngeee..

Gieyana said...

owhhh no wonder ar..diaorang mangun awal ritu..hehe

mesti risau kan bila tgk gelagat anak lain jerk..:)

ainie aziz said...

has...tu la. dah suh tido semula pg tu diorg taknak. last2 moyok sampai petang.

lazyf...suka ati dia je laung nama tu kat depan umah. macam la kawan dia! tak sedar dia tu kecik lagi. hehe!

CY...risau la kan kot la ada masalah besar ke. rupanya tak cukup tido je. hishhh!

gieyana...kes tak cukup tido je kekdahnya. tapi aman la kami berbuka pose. ahaha!

Mama-Danish & Sarah said...

tak cukup tido ropenya.....patut la layu semacam jer...

betul cakap aini, bila anak2 tak kaco kita, rasa cam terkureng jer kan...

kalau balik rumah dan salah sorang anak takde, sunyi semacam jer rasanya.....bila ada tak abih-abih nak mengaum lak....hahaha...

Abrahyn said...

loh....ingatkan nape tadi...takpe2, elok gak latih dari kecik2 nih kan...

ainie aziz said...

ain...dah darah daging kita kan. bila takde tu, terasa sangat la kurangnya. tapi bila macam-macam perangai diorang buat, hanginnn je satu badan. kui kui!

abrahyn...tu la. kasi warm-up dulu!